Tuesday, April 7, 2009

10 TIPS SEKARANG BAGAIMANA ANDA BOLEH MENULIS RESUME MAUT HINGGAKAN ANDA DIRAYU UNTUK BEKERJA

Zaman kemelesetan ekonomi membuatkan ramai yang agak sukar untuk mencari kerja. Makin ramai yang menjadi penganggur dan ini menyebabkan peluang untuk mendapatkan kerja agak terhad. Kita terpaksa bersaing dan mereka yang benar-benar bagus sahaja yang terpilih. Ini bermakna kita harus berusaha lebih kuat lagi dan memberikan yang terbaik. Pertama sekali ialah dalam menyediakan resume kerana resume ini adalah langkah pertama bagi membolehkan kamu melangkah ke alam pekerjaan. Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan cubalah ikuti tips yang kami berikan.

10 Tips Untuk Membuat Resume Maut

1. Jangan menghantar resume kamu tanpa surat pengenalan diri. lni akan memberi tanggapan seolah-olah kamu tidak berminat untuk mendapatkan kerja tersebut.
2. Surat pengenalan itu mesti dibuat dengan kemas dan teratur. Sebaiknya resume kamu mestilah ditaipkan supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal, mudah dibaca dan senang membuat pembetulan. Jangan kirimkan resume yang difotostat kerana ia akan memberikan imej buruk pada kamu, seolah-olah kamu tidak bersungguh-sunguh.
3. Resume harus ada dalam satu muka surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas.
4. Tulis sendiri! Tidak salah kalau kamu membuat rujukan daripada contoh atau format yang sedia ada, tetapi sebaiknya kamu tulis sendiri dan tentu hasilnya lebih memuaskan. Selain itu, kamu juga harus jujur semasa membuat resume. Jika kamu membesar-besarkan keupayaan kamu, tentu kamu akan malu jika ia diketahui orang nanti.
5. Elakkan ‘gimik’ seperti foto, lukisan kartun dan lain-lain. Resume harus formal dan bersih serta senang dibaca. Gimik yang diletakkan juga tidak akan mendapat penilaian yang lebih baik. Jadi jangan buang masa untuk membuatkan gimik itu. Lagipun, ia kelihatan seolah-olah kamu masih lagi kurang matang, tidak dapat bezakan surat formal dan peribadi.
6. Resume kamu harus difokuskan dalam bidang kemahiran kamu sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.
7. Gunakan nombor atau garisan supaya resume kamu kelihatan kemas.
8. Resume kamu juga harus tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan supaya ia kelihatan aktif dan positif.
9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan yang ditulis itu bermakna dan menyokong objektif penulisan resume kamu.
10. Buatlah beberapa draf dan berikan resume kamu kepada beberapa orang untuk diperiksa. Jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa atau ejaan, buatlah pembetulan. Resume yang mempunyai banyak kesalahan akan memberikan kesan buruk kepada pembacanya.

Cara Menulis Resume yang Baik

Resume adalah langkah paling asas dalam membuat pemohonan kerja. Resume yang baik harus memberi kesan yang positif kepada penemuduga. Resume yang baik harus meliputi semua aspek di bawah:
1. Isi kandungan
Unsur-unsur dalam resume itu mesti standard. Walau bagaimanapun kamu boleh menentukan sama ada kamu ingin menceritakan secara terperinci atau tidak, tentang pekerjaan kamu yang lepas.
2. Asas
la termasuk nama, nombor telefon, alamat dan e-mail (jika ada). Kamu juga harus sertakan dengan dua keping foto saiz berukuran pasport bersama resume tersebut.
3. Objektif
Objektif merujuk kepada matlamat kerjaya dan kemahiran kamu. la boleh ditulis dalam satu atau dua ayat sahaja. la juga boleh diabaikan tetapi ramai penemuduga harap dapat membacanya. Dalam objektif kamu, jangan menyalin bulat-bulat penerangan pekerjaan itu daripada iklan sahaja. Kamu mesti kreatif sikit!
4. Pendidikan
Senaraikan semua kelulusan akademik kamu daripada peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat tertinggi yang kamu miliki. la termasuk jurusan yang diambil, gred atau markah purata, anugerah yang diterima.
5. Kemahiran khusus
Nyatakan kemahiran yang kamu miliki temmasuklah bahasa, sama ada dari segi penulisan atau pertuturan, penggunaan komputer atau kemahiran lain yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.
6. Aktiviti
Senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah kamu lakukan seperti hobi, kerja sukarela dan lain-lain yang dapat menunjukkan kewibawaan kamu. Selalunya penemuduga akan dapat tahu pesonaliti kamu melalui aktivi yang kamu ikuti itu.
7. Pengalaman herja
lni termasuk kerja praktikal, kerja sambilan, kerja sementara dan kerja sukarela. Jika boleh, susun ia mengikut tahun dan tarikh yang terkini. Masukkan juga jawatan kamu, nama syarikat, lokasinya dan tugas-tugas utama yang kamu jalankan.
8. Rujukan
Kamu harus menyatakan bahawa kamu bersedia untuk memberi penerangan sekiranya pihak penemuduga mempunyai apa-apa pertanyaan.

Corak Resume


Terdapat 4 jenis format resume. Setiap jenis itu mempunyai kebaikan dan kelemahannya serta sesuai untuk suasana yang berlainan.
1. Kronologi (mengikut urutan)
Untuk menjadikan resume kamu lebih teratur, senaraikan setiap perkara mengikut turutan taHun tetapi secara terbalik (Yang terkini ditulis dabulu). Ia lebih menitikberatkan perjalanan kerjaya kamu dan nama syarikat kamu dulu, tetapi kurang mengambil berat tentang pengalaman kerja dalam sesuatu bidang.
2. Corak Fungsi
la menitikberatkan keupayaan dan tugas utama kerja, jawatan serta pengalaman kerJa kamu. Ia amat sesuai digunakan oleh pemohon yang kurang berpengalaman dan hanya mabu fokuskan pada kemahiran mereka sahaja.
3. Corak bermatlamat
Corak ini senaraikan penerangan tentang sasaran suatu kerja khusus serta mahu memberi kesan yang mendalam kepada penemuduga. la amat sesuai bagi pemohon yang mahir dalam sesuatu bidang.
4. Corak penyiaran
Corak yang berdasarkan pengalaman atau percubaan. la merupakan surat penerangan bagi diri kamu dan menitikberatkan kemahiran kamu. Amat sesuai digunakan untuk pemohon yang moden dan ingin meminta ditemuduga oleh syarikat itu..
SELAMAT MENCUBA!

0 comments:

car seats shop online for childs car seats at low internet prices and fast home delivery service - babyaccessorize.com

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP